Friday, February 10, 2012

Aku Tak Berdaya

Assalamualaikum kepada semua .
Allah tak akan menguji hambaNya melebihi kemampuan hambaNya.
Allah menguji hambaNya kerana Dia masih menyayangi hambaNya dan ingin hambaNya kembali ke jalanNya.
Allah adalah tempat merintih yang paling mujarab.
Allah adalah segala-galanya di saat suka ataupun duka.
Allah tidak pernah menyusahkan hambaNya, sebaliknya hambaNya sendiri yang menyusahkan dirinya sendiri.
Allah Maha Mengetahui. Dia mengetahui apa yang akan terjadi dengan hidup hamba-hambaNya.
Allah Maha Pengampun. Dia sentiasa mengampunkan hambaNya yang ingin bertaubat dan ingin kembali ke jalan yang di redhaiNYA.
Allah Maha Penyayang. Dia sentiasa bersama hamba-hambaNya yang memerlukanNya.
Allah Maha Mendengar. Dia tidak pernah jemu mendengar keluh kesah hambaNya.
Allah Maha Agung.

:: Aku tidak pernah menidak kan kekuasaan Allah dalam hidup seharian aku. Aku amat merinduiNya sehingga aku sangat berharap aku dapat bertemuNya. Kadang-kadang aku dah tak sanggup untuk hidup. Hidupnya aku di bumi ini hanya untuk menambahkan duka di hati ibu ayah yang memelihara aku dari kecil sehingga aku dewasa. Aku kecewa kerana aku ta mampu penuhi semua harapan ibu ayah yang mengharapkan aku berjaya dan tidak mengulangi kesilapan yang sama seperti yang pernah terjadi di dalam keluarga. Aku terlalu seronok dengan DUNIAWI yang sementara ini sehingga aku lalai. Maafkan anakmu wahai ibu dan ayah. Cinta manusia membuatkan aku alpa. Ampunkan aku YA ALLAH.::

::: subhanallah aku mencintainya
subhanallah aku menyayanginya
dari ufuk timur hingga ke barat 
selalu di hatiku:::